top of page

2. Konsep kejiranan

Konsep kejiranan salah satu daripada ajaran islam yang amat penting bagi menjamin  kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran.

Secara fitrahnya, manusia tidak boleh seorang diri atau mengasingkan diri.Oleh itu, islam  telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat  sekeliling.

Hubungan yang baik dapat dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya.Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran adalah  salah satu cara hidup islam.

Dalam konteks kejiranan, umat islam perlu saling menghormati dan saling   keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang  dituntut dalam agama.

 

Allah SWT berfirman dalam  (Surah al-Nisa’4:36) yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu berbuat baik kedua kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim,  orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, orang musafir dan hamba yang kamu miliki.”

Berdasarkan firman tersebut, agama mengajar dan menuntut supaya setiap penduduk  dalam sesebuah kawasan perumahan atau kampung menti mengenali antara satu sama  lain. Mereka harus sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan penduduk dan  jiran tetangga. Islam sebenarnya tidak suka akan manusia yang hanya memetingkan diri sendiri dan mengasingkan diri daripada kehidupan masyarakat.Sifat  individiualistik ini  bertentangan dengan konteks kejiranan Islam.

Tahukah anda apakah akhlak terhadap jiran antara Muslim dengan bukan Muslim?

 

Akhlak yang perlu dijaga terhadap jiran bukan Muslim adalah seperti yang berikut :

  1. Menghormati jiran dan pengalaman mereka (kehidupan mereka) selagi tidak membawa mudarat.

  2. Tidak menyinggung perasaan jiran dan memelihara keamanan dengan jiran.

  3. Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat.

  4. Membantu dan menolong mereka apabila mereka berada dalam kesusahan.

  5. Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam  muamalah dengan mereka.

 

HAK HAK JIRAN

Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:

“ tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu.”

  1. Jika ia meminta tolong kepaadamu, engkau akan menolongnya.

  2. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberi pinjaman kepadanya.

  3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.

  4. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya.

  5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.

  6. Jika ia tertimpa sesuatu yang bahaya, engkau juaga turut sedih bersamanya.

  7. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.

  8. Jangan sesekali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya.                                                                                   

  9. Jangan menganggu perasaanya dengan bau masakan kamu, melainkanengkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu.

  10. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya.

  11. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah  engkau memasukkan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia

  12.  supaya tidak kelihatan olehnya dan janganlah membiarkan anakmu

  13.  memakan buah-buahan itu dihadapan anakya,kelak anak jiran itu menangiskerana mahukan buah tersebut. 

 

Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan.

© 2017 by AL-IKHWAH. Proudly created with Wix.com

bottom of page